Tuesday 22 May 2012

Teknik jual prepaid

 *Saya sertakan teknik jual prepaid yang mendatangkan keuntungan.Kalau berniaga tak kena cara memang tak dapat apa-apa keuntungan.Rugi adalah!!Apa-apa pun kita belajar dari kesilapan.

1) TOPUP MODAL SEKURANG-KURANGNYA RM150 KEATAS

setiap ejen mesti topup modal RM150 keatas jika nak untung jual topup. ini adalah untung menampung kos caj RM1 dan juga kos order sms. Jadi, bagaimana nak untung lebih banyak? JANGAN TOPUP RM150, TOPUP MODAL SEBANYAK MANA MODAL YANG ANDA MAMPU KELUARKAN DALAM SATU TRANSAKSI. ini kerana jika anda topup modal RM500@RM1000 pun, caj tetap RM1. cuba bandingkan untung antara ejen yang topup modal RM150 setiap masa dengan ejen yang topup modal RM500@RM100 setiap masa, mana paling untung? pasti yang topup modal RM500@RM1000 yang untung lebih sebab kos hanya singgit dan untungnya lebih banyak.

2)AKTIFKAN NOMBOR “ISTIMEWA” 1 SEN

sekarang ini, semua telco tak kira digi,maxis,celcom ada tawarkan sms yang boleh 1 sen sahaja. jadikan no. gateway mymode sebagai no 1 sen anda. kalau dah penuh, buang no yang kurang perlu kerana no gateway mymode adalah lebih penting untuk kurangkan kos order anda.

3) LAGI BESAR NILAI TOPUP YANG DIJUAL, LAGI KURANG KOS..

maksudnya kalau anda mampu, jual prepaid pada nilai yang tinggi, seperti RM10 ke, RM20 ke, RM30 ker, dan bukan RM10 kebawah. ini dapat kurangkan kos order topup anda.
contoh: kalau anda jual RM5, bagi modal RM100, anda telah hasilkan kos sebanyak 20 sen kerana hantar order sms sebanyak 20 kali
tetapi kalau anda jual RM10, bagi modal RM100, anda hanya hasilkan kos 10 sen kerana hantar order sms sebanyak 10 kali sahaja.

4)JUAL CELCOM LEBIH BANYAK..

kalau anda mampu jual celcom, ini kelebihan buat anda. ini kerana pv celcom lebih tinggi dari maxis pada waktu ini(9januari2009)
dengan RM100 topup modal, anda sudah boleh hasilkan keuntungan berbanding maxis yang merugikan anda jika topup modal RM100 sahaja.
tetapi kalau anda tidak mampu jual celcom sahaja dan mahu jugak jual maxis, ini cadangan saya.

1) jual maxis RM60 sahaja, bakinya jual celcom. ini bagi yang hanya modal RM100 sahaja. kiranya dalam nisbah 6:4 atau pun boleh RM50 maxi, RM50 celcom. lagi tinggi nisbah anda jual celcom, lagi banyak untung anda dapat.

2) Kalau tak boleh langsung nak jual celcom, hanya boleh jual maxis, hanya 1 cara sahaja. JANGAN TOPUP MODAL RM100. topup modal RM150 keatas. lagi tinggi topup modal dalam 1 urusniaga, lagi banyak untung anda.
sekian, teknik dari saya yang saya amalkan, dan bukan sekadar teori. “Lagi banyak untung” yang saya maksudkan adalah walaupun untung tu lebih dari 1 sen, itu dah dianggap untung bagi saya… ini kerana berdasarkan pembacaan saya tentang pemikiran minda orang jutawan, setiap 1 sen mempunyai nilai dalam kewangan mereka…anda hargai 1 sen, insyaallah lebih dari 1 sen akan anda perolehi, dan itu yang saya alami dalam mymode 
kalau adibah noor cakap dalam iklan tnb “kalau nak jimat tuh, memang boleh..”
saya pulak kata


“KALAU NAK UNTUNG TUH, MEMANG BOLEH…”
 




Beberapa persoalan yg telah saya kumpulkan melalui pertanyaan yang sering diajukan kepada saya.


1-Adakah wang modal topup dengan kredit saya bercampur?sekiranya saya ingin menelefon seseorang,jika ter''over'' bercakap,adakah modal topup saya akan terjejas?


jwpn:tak akan bercampur sebab modal dan duit topup kita sudah diletak secara berasingan.


2-Berapa keuntungan yang saya dapat jika saya join jadi agen?


jwpn:keuntungan anda lebih kepada anda sendiri,anda tidak perlu bersusah payah untuk cari kredit  di saat memerlukan disamping boleh menolong kawan2 topup jika dalam kesusahan dan banyak lagi.
Jika dikira dalam segi keuntungan:-
celcom:3.25% pakej agen retail  jika anda top pup kan kpd pelanggan sbyak rm10.Jika anda topupkan sebanyak rm5 keuntungan anda mungkin sedikit,untuk mendapatkan keuntungan anda perlu banyakkan jual topup celcom rm10,kalau nak jual juga celcom/maxis rm5/rm3,anda terpaksa menzalimi kawan2@pelanggan anda sendiri dgn charge RM0.30/0.20.semuanya terserah pada anda!

No comments:

Post a Comment